Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

IMAN YANG MERDEKA?



Saban tahun, abang saudaraku, Farhan akan mengajak sepupunya bersama-sama berkunjung ke Dataran Merdeka, sempena 31 Ogos. Dan setiap kali kami turun pada 31 Ogos, along Farhan tak jemu membawa kami singgah ke Jalan Bukit Bintang, melihat gelagat penghuni di jalan sekitarnya. Sudah bertahun lamanya aku menurut ajakan along Farhan. Sejak kecil.


Suasana di malam merdeka? Menarik! Indah! Meriah! Sesak! Berdentum-dentam bunyi mercun dan bunga api melakar di dada langit. Penuh warna-warni. Ramai yang akan bersama-sama turun padang untuk melahirkan rasa cinta kepada Malaysia, rasa bersyukur dikurniakan kemerdekaan. Aku tersenyum kecil. Bangga tercetus di hati. Okaylah, kami tak bersempit dan berhimpit di sana. Cukup berhentikan kereta, dan buka bumbung kereta.


Tapi di sudut hati kecilku, aku masih tidak faham kenapa, mengapa, why, along Farhan akan bawa kami , lalu di Jalan Bukit Bintang. Musykil amat! Tahun ini, along Farhan agak sibuk dengan final year project nya. Jadi 31 Ogos kali ini, dia hanya menyambut Hari Merdeka di rumah keluargaku, memandangkan ibubapa dan adiknya sudah menetap di Melbourne, sementara dia masih di Malaysia untuk menghabiskan pengajian di UKM.


Suasana di dapur gamat dengan kaum wanita, katanya nak sediakan rendang dan nasi impit untuk esok hari. Eh, macam nak raya pula lagaknya! Ayah pula sedang sibuk bertukang, mengisi masa lapang yang ada. Memandangkan aku sahaja yang tidak bertugas (maklumlah, aku sahaja putera tunggal dalam keluarga ini, hehehe), ini peluang keemasan ini untuk chit-chat dengan along Farhan.


Aku mencari-cari kelibat along Farhan. Kelihatan dia sedang baring sendirian di rooftop rumahku. Kawasannya lapang dan terbuka, tanpa dinding dan atap. Tempat lepak yang paling kami gemar bila along datang ke rumahku. Perlahan-lahan, aku melangkah ke arahnya.


“Abang Farhan, boleh Danish join the club?”aku angkat kening tinggi, trademark stylo aku bila dengan along Farhan. Along memandang ke arahku.

“Haha, boleh Danish. Come. Have a seat or landing sama-sama,”ajak along Farhan , senyum.


Aku baring di sisi along Farhan. Tangan menjadi bantal. Angin sejuk menyapa tubuh. Wah, banyak juga bintang malam ini. Kata orang, banyak bintang tanda nak hujan. Betul ek?


“Awat hang mai ataih ni? (Kenapa Danish datang atas ni?) Tak ada port eh dekat bawah?”along memulakan bicara, tergelak kecil.

“Macam biasalah along, when women’s met their gang, lupa dah dekat putera tunggal ni,”balas aku, senyum kecil.


Jeda. Membiarkan angin berbicara.


“Along, Danish nak tanya sikit, boleh?” aku berbasa-basi, sambil menoleh sedikit ke arah along. Along Farhan mengangguk kecil, mata masih khusyuk memandang ke langit.


Ehem.Ehem. Aku membetulkan suara, takut lari pitching, mahu terkujat dan terkezut along nanti.


“Along, kenapa along suka bawa Danish dan yang lain pergi Bukit Bintang eh? Nak kata banyak bintang, tak pula. Banyak orang nak menjadi bintang a.k.a ‘superstar’ adalah,”aku memecah kesunyian malam.


‘Superstar’ atau artis olok-olok , merujuk kepada penghuni jalan dan lorong di sekitar Bukit Bintang.


“Ha, itu yang along nak tunjuk sebenarnya,”

“Erk! Along nak tunjuk orang yang pakai makeup 5 inci, baju mengelip-ngelip? Baik tengok kelip-kelip, lagi best,” seloroh aku. Kami tergelak kecil.

“Sebenarnya, along nak tunjukkan pada Danish dan yang lain, inilah realiti dunia akhir zaman. Bila cintakan dunia, nak mewah semata, sanggup lupakan Tuhan. Sanggup menjadi tarikan di lorong-lorong ‘gelap’ itu. Sanggup berpeleseran dan menggadaikan maruah,”along terbatuk kecil.

“Along, nak air?”berpaling padanya, risau. Along menggeleng. Bicara diteruskan.

“Tapi, bukan semua yang ada di lorong Haji Taib dan lorong ‘gelap’ yang lain itu, wujud di situ atas kehendak sendiri. Kebanyakkannya, mereka terdesak dengan hidup. Kalau nak cerita pasal isu terdesak-atau-pilihan-sendiri, berbuku-buku pun tak habis. Sebab masing-masing, ada kisah tersendiri. Dan abang tak kata, semua di sana, jahat. Ada yang baik sebenarnya. Sekarang abang nak fokus pada erti merdeka itu sendiri. Kita selalu singgah sana, waktu malam merdeka, kan?” tanya along.

“Yup!”

“See, walau malam merdeka sekali pun, masih ada yang berkerumun dan sibuk dengan ‘urusan’ di lorong-lorong ‘gelap’ itu. Kenapa mereka tak bercuti dari lorong itu? Kata Hari Merdeka…” along cuba menimbulkan persoalan.

“Aah. Betul juga tu. Tapikan along, Hari Merdeka itukan hari kemerdekaan untuk Negara kita. Tak ada kena mengena dengan merdeka dari ‘kerjaya’, kot?” aku memberi pendapat 20 senku.

“Danish, inilah mentaliti masyarakat sekarang. Bila Merdeka, it’s only for country. Bila Raya, kena beraya sakan. Tapi, hakikatnya, erti raya itu adalah meraikan kemenangan kita dalam menahan nafsu sepanjang sebulan, mengeratkan silaturrahim. Tapi itu tak bermakna, kita sewenang-wenangnya boleh bertempuk-tampar dengan bukan mahram, memakai pakaian yang lawa tapi mendedahkan aurat, jambul, ketat dan jarang,” along menarik nafas panjang. Kata-katanya diteruskan.

“Dan bila part Merdeka, berapa ramai yang melaungkan ‘MERDEKA’ dalam erti kata yang sebenar? Berapa ramai yang menanamkan semangat untuk merdeka dalam diri? dalam Berapa ramai yang berazam untuk merdeka dari jajahan jahiliyyah? Merdeka dari hedonisme yakni hiburan melampau? Merdeka dari fahaman yang bercanggah dengan Quran dan Sunnah? Merdeka dari gaya Barat yang melalaikan? Merdeka dari lagu yang merosakkan sistem hati kita? Merdeka dari jalan-jalan zina? Merdeka dari unsur pendedahan aurat? Bebas dari anasir-anasir luar yang melanggar syariat Islam? Bebas dari virus Trojan, malware, Worm, spyware, adware dan serangan yang boleh merosakan sistem minda, iman, amal dan taqwa? Erti merdeka ini, bukan hanya dirasai pada 31 Ogos, malah sistem ini perlu berterusan hingga pulang pada Ilahi. Ya, realiti itu pahit untuk ditelan,” along mengeluh, kesal.


Aku menelan air liur. Berat. Terkesan dengan kata-kata along. Ada benarnya kata along. Slogan ‘MERDEKA’ kini, meniti kencang di bibir masyarakat namun sedikit sahaja yang ingin memahami dan menghayati erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. Yang lain? Tenggelam dalam slogan semata. Fuh~


“Tak salah nak menyambut hari kemerdekaan. Cuma cara menyambutnya, kita kena ubah sikit. Instead of concert tak ingat dunia, tak jaga solat, better buat sujud syukur ramai-ramai, puasa sunat berjemaah jika 31 Ogos jatuh pada hari yang disunatkan puasa. Kalau nak buat aktiviti, nak kumpulkan orang ramai, boleh! Cuma carilah program yang bermanfaat yang berfaedah. Dan tiada unsur yang melanggar keindahan agama Islam dan menghormati agama lain,”sambung along.

Aku mengangguk, tanda menyokong. “Danish pun rasa, kita patut hadkan atau stopkan terus mercun dan bunga api tu. Actually, dah jadi pencemaran bunyi dan jiwa tu!”

“Eh, pencemaran jiwa?”along mengerling ke arahku seketika.

“Yalah, orang tengah syok tidur, tiba-tiba bunyi bising. Baby-baby terganggu lenanya. Yang lain, mulalah terjaga dan menjalankan misi bom mengutuk. Ops!” kami tergelak besar.

“Bagus pendapat Danish. I like! Hmm, bila along dengar bunyi mercun, along akan teringatkan saudara di Palestin dan Syria. Bunyi mercun dan bunga api bagi mereka, tidak lain dan tidak bukan adalah bom dan peluru yang dimuntahkan. Tiada lagi detik keamanan bagi mereka. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Namun, usah dilupakan saudara seIslam yang sedang diuji hebat oleh Allah,”


Berbeza dengan Malaysia, jika di sini, mercun dan bunga apilah yang boleh membuatkan kita tersenyum dan teruja. Tapi, tidak di sana. Semuanya ‘mercun’ yang memedihkan mata, meragut nyawa, memusnahkan kedamaian dan memecah hak privasi!


“Danish, jadilah macam bintang. Menjadi cahaya bagi yang masih terkapai-kapai dalam kegelapan. Sentiasa bermanfaat kepada semua, tanpa mengira kulit, darjat, bangsa mahupun agama,”pesan along sambil menunjuk ke arah bintang yang bertaburan.
Aku tersenyum kecil. Insha Allah, akan aku memanfaatkan diriku untuk ummah, demi Islam dan Negara, kerana Allah. Akan aku ingat pesanan along Farhan, Insha Allah!


Beberapa saat kemudian, kelihatan percikan bunga api menghiasi dada langit. Bunyi mercun berdentum-dentam memecah sepi. Kami melayan perasaan.


‘Saudaraku di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan seluruh pelusuk alam, semoga kalian tabah menempuh ujian hebat dari Allah. Kalian hebat! Insan yang hebat sahaja akan diuji dengan ujian seberat itu. Moga kami di Malaysia, tetap bersemangat mengalunkan Qunut Nazilah , menadah tangan berdoa untuk kalian. Moga usaha kami tidak luntur dan terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua bentuk, demi membantu kalian! Moga ilmu yang aku pelajari selama ini, dapat aku manfaatkan demi kemaslahatan ummah!’ ikrar along Farhan di sudut hati.


‘Salam Kemerdekaan Wahai Rakyat Malaysia! Semoga kita bebas dari segala penjajahan dari segi minda, fizikal, dan rohani! Semoga Islam terus istiqamah dalam setiap langkah kita. Semoga iman kita turut merdeka dari segala lumpur dosa dan kemaksiatan. Bersinarlah imanmu, walau di mana jua kamu berada! Ya ALLAH, moga aku terus diberikan kesempatan untuk bersyukur dan hidup dalam nikmat Iman dan Islam ini,’ ucap Danish dalam hati.


Eh, awak yang sedang membaca! Ketuk sikit sistem hati. Amacam, dah sedia untuk merdekakan iman dari maksiat, dengan istiqamah?


-Kita ‘merdeka’, bukan setahun sekali. Bukan hanya pada 31 Ogos. Selagi ada nafas, selagi ada detik masa yang berputar, selagi itulah kemerdekaanmu berjalan, tanpa henti. Merdekakan iman dari maksiat, sentiasa ; U.S1-



SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-57.
TERUSKAN BERDOA & QUNUT NAZILAH UNTUK SAUDARA KITA DI SELURUH DUNIA!



Sunday, 19 January 2014

We Miss You Rasulullah...




Kredibiliti. Tenang. Menyejukkan pandangan. Sifat yang sangat mencerminkan keperibadian seorang pemimpin unggul di zaman persekolahannya. Ya, akulah Haris Ikhwan .


Zikir tak putus di jiwanya, Selawat dan senyuman menjadi hiasan bibir. Kata-kata penuh hikmah dan tarbiyah. Nasihat sering menjadi sandaran dan kekuatan para pejuang ilmu. Tangkas bertindak, ligat berkerja.  Hebat! Itu kata sahabat seusiaku.

“Sahabat, lazimi harimu dengan kata-kata yang hasan (baik), usahakanlah harimu dengan kebaikan. Jauhilah perkara melalaikan dan perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah tercinta…”

“Selawat itu pemanis mulutku , di pagi dan malam harinya…”

Ya, itu zaman persekolahanku. Zamanku asyik dalam dunia tarbiyah dan dakwah. Bibir berbunga dengan madah Islamiyyah. Allahu, sungguh aku rindu zaman itu berulang lagi!

Usia semakin meningkat, pencarian ilmu perlu diteruskan. Aku tinggalkan bumi tarbiyah Islam itu, teruskan langkah menuju gerbang ilmu. Asasi, aku hadir!

Sungguh, perjalanan ini tidak mudah. Ribuan tribulasi hebat datang menerpa. Diuji dengan setiap butir kata yang pernah aku lontarkan.

Penyakit wahan semakin menular dalam diri. Ya, cintakan dunia, leka dengan dunia..tapi takutkan mati. Dhuha yang menjadi santapan rohani di pagi hari sudah pupus dalam jadual harianku. Selawat pula hanya menjadi senandung di masjid dan program agama. Masjid juga sudah jarang sekali disinggahi. Cukup sekadar solat jumaat dan jika tidak sempat untuk solat di bilik selepas waktu kuliah. 


Pergaulan yang dulu sangat dijaga, kini bagai mimpi semalam. Aku semakin aktif bersosial, hingga lupa pada batas-batas pergaulan yang sangat aku jaga sejak sekolah. Masa terluang banyak dihabiskan dengan perkara melekakan, chatting tidak tentu hala. Laman sosial lebih diutamakan dari meluangkan masa untuk mentadabbur kalamullah, yakni Al Quran. Amar makruf nahi munkar semakin hilang dalam pendirianku.


‘Ikhwan, aku rindu Haris Ikhwan zaman sekolah dulu’

‘Brother, kau kena taufan el nino atau tsunami ke? Sampai aku dah tak kenal kau. U, totally change’

Acapkali sahabat menegur, namun aku terus pekakkan telinga. Bagi aku, walau apapun yang aku lakukan, ibadah wajib jangan tinggal.

Dan suatu malam yang lebat hujannya, aku ditimpa kemalangan kereta. Kawanku yang menjadi pemandu kehilangan nyawa di tempat kejadian. Dan aku terluka parah. Nyawa-nyawa ikan. Fobia. Namun Allah masih berikan kesempatan untuk terus bernafas.

Terima kasih kepada ibu yang tidak putus-putus berdoa untukku. Yang banyak membantu diriku dalam proses untuk pulih.

3 pagi. Mataku celik. Ku pandang sekelilingku. Gelap. Ibu sudah lena di sofa. Hari ini genap seminggu di wad. Perlahan-lahan, pandanganku kalih ke arah meja sisiku. Hairan terbit dalam jiwa.
“Beg kertas apakah ini?”getus hati kecilku.

Lampu meja aku nyalakan. Beg kertas di tepi meja kucapai. Isi beg kertas berkenaan dikeluarkan dengan berhati-hati.

Tafsir Al Quran. Hadiah arwah abi tika usia menginjak 13 tahun. Ku selak halaman pertama Al Quran. Terpaku. Sayu membaca nota abi untuk anaknya.

= Sanah helwa wahai anakku, Haris Ikhwan (yang menjaga, persaudaraan). Selamat panjang umur dalam iman dan taqwa. Semakin meningkat usia, semakin hampir dengan kematian. Jadilah pemimpin , qudwah hasanah untuk agama dan negara. Jadikanlah Rasulullah sebagai suri teladan hidupmu. Jagalah Islam. Jagalah ukhuwah Selamat menempuh jalan pejuang, wahai anakku…=


“Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan?”As Saff :2


Ku seka kedua pipiku. Ayat dari surah As Saff itu benar-benar menyentuh tangkai hati ini.Terimbas kembali saat kecilku bersama arwah abi…


“Haris Ikhwan, abi ada hadiah ni!”abi menghulurkan sesuatu yang berbalut kemas


Tangan gopoh mengoyak pembalut hadiah. Mata diseka, air mata terharu terbit di tubir mata.


“Terima kasih abi. Wah, Ikhwan suka sangat ni! Nanti bolehlah Ikhwan jadi pemimpin macam Rasulullah. Ikhwan nak sangat ikut sifat Rasulullah, macam yang abi selalu cerita sebelum tidur”


“Insha Allah, anakku. Moga abang boleh jadi pencetus ummah dan qudwah hasanah untuk keluarga, agama dan negara.”


Allah. Allah. Allah. Sungguh, aku telah lari jauh dari ‘track’ redha Ilahi. Aku kecundang, tergelincir seketika dari jalan kebenaran.



Hamba apakah aku? Mengaku cintakan Allah, berikrar untuk cintai Rasulullah, tapi cara langsung tidak melambangkan janji itu. Zero. Kata-kata dusta dari lidah tak bertulang.Malunya aku, Ya Rabbi… Inikah insan yang bermati-matian memperjuangkan kalimah tauhid di sekolah dahulu, yang basah bibirnya dengan selawat satu tika dahulu?....



Aku bangkit dari pembaringan. Wudhuk diangkat. Sejadah dihampar., Takbir dimulakan. Syahdu. Dan malam itu aku hanyut dengan tangisan penyesalan dalam solat malamku.Sahabatku, ayuh berubah. Kembalilah kepada Islam dengan sebenar-benarnya. Keep striving in repentance. Memang perit, pedih dan sakit dalam perubahan, tapi ada manis dariNYA.


Yakinkah kita untuk mendapat syafaat Rasulullah tercinta di akhirat kelak? Adakah kita sudah benar-benar menjalankan tugas sebagai umat Islam? Sudah terlaksanakah segala tanggungjawab seorang muslim…


Ayunkan langkah, teguhkan pendirian. Mantapkan akidah. Ayuh, bersama kembali padaNYA. Suburkan cinta Rasulullah dalam diri. Cukuplah masa jahiliyyah kita menjadi penyebab kesedihan seorang kekasih Allah, cukuplah menjadi umat Islam hanya sekadar dalam IC. Tidak dalam diri.Sentiasa ada harapan bagi pendosa. Ayuh! Terbang mencari saham untuk akhirat! 

Rasulullah, sungguh kami merinduimu….


   


^_^ ~Coretan dan adaptasi dari U.S1 - 

Monday, 30 December 2013

Seindah Bidadari Syurga

      Layla menutup laptop ACER X7 miliknya. Tenang. Bahagia. Gembira. Terubat jua kerinduan pada kakak tercinta, kak Safiyya . Senyum tak putus apabila dapat berweb-cam dengan kak Safiyya.

         Kak Safiyya, kakak ku yang kini menetap di Jepun, mengikut suaminya yang sedang menyambung PHD di sana. Kak Safiyya baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel, Muhammad Amr Fattah. Bersinar-sinar matanya, berseri-seri wajahnya. Sejuk mata memandang, setenang raut wajah mama dan papanya, Abang Ikhwan.
Hanna Safiyya, insan yang banyak meluangkan masa denganku, banyak membawa big bang dalam hidupku. Berkat kesabarannya membimbing aku, aku mampu untuk berpijak di jalan tarbiyyah dengan izinNYA. Alhamdulillah, infiniti syukur ku zikirkan padaNYA.
Kak Safiyya, seorang yang cantik, lemah lembut, manis senyuman dan sopan adabnya. Namun, usah di usik sang mawar berduri. Sekali diusik, bisa berdarah di jari. Dalam kelembutannya, lantang bersuara tanpa gentar , kuat mempertahankan apa yang benar.
Biarpun Allah telah mengurniakan rupa yang rupawan, jauh sekali untuk kecantikan itu menjadikan ia sebagai aset godaan.
Aku termenung jauh. Mataku tertancap pada buku di atas meja belajarku. Buku “Warkah Bidadari ” menarik perhatianku. Aku capai buku itu. Ya, itulah buku pemberian kak Safiyya di usia remajaku!
Dan mindaku ligat berputar, mengimbas kenangan silam bersama Kak Safiyya, bersama buku ini.


“Kak Safiyya, Layla penat laa hadap Kimia ni”, aduku.
“Kenapa ni, adikku tembam? Haha”, kak Safiyya, mencubit pipiku.
Aku mencebik geram. Ketawa Kak Safiyya semakin galak.
“Sabarlah Layla, perjuangan dalam study ni memang kadang-kadang membawa lelah, jadi, berehatlah sebentar. Bukan terus mengalah, tapi usaha lagi tanpa banyak helah” pesan kak Safiyya, mengusap kepalaku lembut. Dan dia kembali ralit dengan kerjanya yang ditinggalkan tadi.
Jeda.
Aku letakkan pen Sharpie ke atas meja. Terasa lenguh kerana menghadap buku hampir 3 jam.
Pandangan ditala ke arah Kak Safiyya.
“Kak Safiyya…”
Kak Safiyya memandang aku, sambil angkat kening tanda pelik .
“Boleh tak Layla nak tanya sesuatu pada akak?” soal aku.
“Boleh je Layla. Kalau akak mampu jawab, akak jawab Insha Allah, asalkan bukan soalan Fizik la” kak Safiyya ketawa kecil.
“Kenapa akak suka pakai cermin mata ye? Padahal power spectacles akak sikit sangat. Layla punya lagi tinggi, tapi pakai bila study je..”
“Haiyah, ini soalan Kimia chapter mana ya? Silibus baru eh ?” Kak Safiyyah ketawa geli hati.
“Kak Safiyya, serious la,”aku tarik muncung, geram.
“Hmm.. do you really need to know the truth, my little pie?” kak Safiyya melepaskan keluhan kecil.
“Please, Layla dah lama pendam soalan ni. Layla pelik, sebab akak ni ‘syadid’ (strict) sangat bila keluar, mesti/ wajib pakai cermin mata. Akak macam tak boleh hidup/ not even keluar bila tak pakai specs.”
“Oklah. Bismillah. Akak harap bicara akak ini jauh dari riya’atau sifat mazmumah dan tercela yang lain.To be honest, I did hate spectacles satu masa dulu. I thought that, wearing specs is really bad, tak macho dan tak cantik. Tu fikiran akak time zaman kegelapan jahiliyyah. But once I’ve grown up, and since my vision starts to blur a bit, I take a step to ask dad for owning my own specs...”
“Then ? What’s change your mind?”tanya aku, tak sabar.
Kak Safiyya tersenyum, lantas menyambung bicaranya. Rasa tak sampai hati membiarkan kata-katanya tergantung begitu sahaja.
“Ok, katalah adik ada best friend yang adik sayang sangat. And adik nak sangat bagi dia gelang yang berharga, tapi adik hanya ada tali. Hiasan dia tak ada. Kalau adik, adik akan pilih mutiara putih atau batu sebagai hiasan tu ? Kalau nak mutiara, adik perlu berenang ke dasar lautan, yang hakikatnya banyak cabaran dan bahaya di laut dalam, risiko kematian sangat tinggi..tapi di dasarnya ada mutiara putih yang indah. Kalau batu, adik hanya perlu keluar dari rumah. Dan ambil batu di mini garden ibu. Mana adik akan pilih?”tanya kak Safiyya, sambil angkat kening roller-coasternya.
“Batu? Tak berharga langsung. Mestilah adik sanggup terjun laut dalam , untuk dapatkan mutiara putih. Demi orang yang kita sayang..” jawab aku, semangat.
“Yup, same goes with me. Ok, akak analogi kan best friend itu sebagai Allah. Tali itu sebagai symbol kecantikan. Mutiara / Batu itu, cara akak expresskan kecantikan. Batu, sinonimnya mudah didapati di mana-mana. Murah. If akak pilih batu, means akak pilih untuk expose kecantikan akak pada umum, menjadi tatapan mata masyarakat. Mutiara, something yang precious, hanya ada di kedai yang grand dan mahal harganya. If akak pilih mutiara, it’s mean that, akak nak simpan & show kecantikan akak hanya untuk yang berhak/halal melihatnya. And I choose to pick the pearl. Walau hakikatnya, bahaya dan dugaan itu adalah akak akan diuji dengan perasaan ‘ingin dilihat cantik oleh seisi dunia’, rasa nak popular di mata lelaki, rasa membuak-buak untuk menjadi cantik setanding dengan miss universe yang lain..tapi demi Allah, akak pilih jua.
 Kalau adiklah, adik paling terkesan dengan apa bila lihat akak?”
“Your eyes. Glowing and sparkling like the diamond in the sky” jawab aku.
“Peh, bombastic sangat ayat Layla tu. Yeah, bila akak pandang cermin, I saw it too. Akak sendiri pun terpana dengan sepasang mata akak ni. Subhanallah, HE’s such a great CREATOR. Then, I realize that, mata akak ni ada magnetic attraction. Yang boleh buat orang terpana, dan terbuai dengan keindahannya. No wonder that cikgu akak suka usik mata akak time kecil. Suka suki je usik mata orang. Bengkak je hati time tu”
Nafas ditarik panjang. Membuang rasa riya’ atau bangga diri yang seakan cuba mencuit tangkai hati. Bicara disambung.
“Yeah, sebab akak rasa , mata akak ini mampu melalaikan/ menghanyutkan bukan mahram,  I took the decision to wear specs when I’m outside. Akak try sedaya upaya untuk halang pandangan insan2 yang tak halal untuk akak, melihat mata akak tanpa sepasang gelas plastik di mata.”
“Tapikan kak , buka nya kak pakai ketat-ketat, baju singkat or jarang. Adik rasa ok je kalau kak tak pakai specs tu. Sebab kak dah tutup aurat dengan baik. Dan mata itu bukan aurat, kan..”tungkas aku.
“Yes, mata bukan kategori aurat. Tapi you know what… wanita ini fitnah dunia. Sedangkan ada penyair arab berkata, jika ada wanita dalam suatu kumpulan lelaki, apabila wanita itu  berlalu, itulah yang lebih baik. Sebab setiap inci kita ni, ada sahaja taktik shaytan untuk menarik mata lelaki untuk memandang kita. Walau kita menutup aurat dengan baik dan sempurna…
Dan akak tak nak tergolong dalam golongan yang memakmurkan wanita sebagai fitnah. Selagi boleh sekat fitnah, halanglah ia walau dengan air mata. Serious talk, dari segi rupa, akak rasa diri ini tak menarik dan rasa kurang tarikannya apabila akak bercermin mata. Biarlah akak tak nampak gorgeous di mata manusia, dengan pakaian saiz Xl, tudung labuh menutup dada, tiada kosmetik dicalit di muka, hanya sekadar bedak nipis…asalkan Allah redha dengan akak. Asalkan pilihan akak ini, membawa akak dekat dengan Allah, jauh dari jalan fitnah…Bagi akak, tiada gunanya kecantikan itu, jika kita asyikkan dunia kita dengan kecantikan zahir yang sementara”
Isk. Isk. Isk. Tangisanku jelas kedengaran . Membantutkan cerita kak Safiyya.
“Layla, kenapa ni?”kata kak Safiyya, memeluk aku penuh kerisauan.
“Layla rasa bersalah. Layla selalu tak pakai cermin mata, sebab nak tarik perhatian kaum adam kat sekolah. Nak nampak cantik. Niat Layla dah terpesong. Allah….”aku terus menangis.
Kak Safiyya memelukku lebih erat.
“Tok tok tok. Makcik Hidayah dah datang, sudi tak buka pintu untuk dia masuk dalam jiwamu, wahai adikku? Adikku sayang, Allah sayangkan dirimu, sebab itu DIA hadirkan teguran indirect melalui cerita kak Safiyya.”
Aku kesat air mata. Rasa tenang mendengar kata-kata kak Safiyya. Pelukan dirungkai. Bahuku dipegang erat oleh Kak Safiyya.
“Selagi matahari belum terbit di sebelah barat, selagi itulah pintu keampunan luas terbuka untuk hambaNYA. Allah doesn’t look on your past, but Allah counts on for who you are at the end. Never aim for perfection, yet strive for some improvement. Aja-aja fighting!”kak Safiyya mengelap air mata di tubir mata ku.
“Kak Safiyya, janganlah sambung study di Australia. Just stay and study in Malaysia. Jangan jauh dari Layla, nanti tiada siapa nak jadi counsellor n psychologist Layla…”kata aku, merayu.
“Dear Layla, usah bergantung pada manusia. Kerna manusia itu rapuh, tak berdaya. Berpautlah pada dahan cintaNYA. Bergantung pada Allah dalam semua keadaan. HE’s the BEST, pautan yang paling teguh dari konkrit mahupun besi.”pesan kak Safiyya.
“Nah, ini hadiah untuk Layla, bila rasa sedih atau facing hard times, bacalah buku ni. But remember, kitab cinta Allah itu lebih utama dan aula, pegang ketat-ketat dalam gembira dan derita, ok” kata kak Safiyya sambil menghulurkan buku “Warkah Bidadari”
Buku itu adalah hasil coretan kak Safiyya sendiri. Yang kini diwarisi oleh ku.

      Ya, sedar tak sedar, dah 6 tahun perkara itu berlalu. Kak Safiyya pun dah selamat mendirikan bayt muslim, bukan dengan insan-insan yang pernah hadir dalam hidupnya, yang pernah mengukir cinta sebelum masanya, yang pernah mencubit cinta di hatinya . Abang Ikhwan hadir tepat pada masanya,  mendekati wali, dengan cara terhormat.
Ya, kak Safiyya pernah hanyut dalam virus cinta Islamik pada zaman kegelapannya. Kini,kak Safiyya ceria dalam naungan kasihNYA. Ya, kak Safiyya berhak untuk bahagia. Bahagia dari tenggelam dalam jahiliyyah. Bahagia dalam lautan cinta dan redhaNYA.
Kak Safiyya, moga aku mampu menjadi sekuat dirimu. Melawan fitnah dunia demi DIA. Moga Cinta DIA kekal high class di hati ini!

[p/s: Indah itu milik semua. Tapi untuk apa ditayangkan di khalayak umum jika perkara itu mudah melorongkan kita ke jalan murkaNYA? :’( ]
*bukan kisah sebenar, sekadar coretan dan rasa hati dari seorang hamba yang Hina*
=S1 0395=

Friday, 18 October 2013

BERKORBAN, JANGAN SAMPAI TERKORBAN.

Arissa Imany dan El Hannan Rasyiqah . Saling melengkapi. Jika seorang di timur, di timur jugalah yang seorang lagi. Di mana ada Imany, di situlah wujudnya Hannan. Imany, seorang lembut hatinya, meski personalitinya agak kasar (boyish) tapi tetap memilih untuk bertudung labuh,sopan. Hannan, seorang keras kepala namun sangat lemah lembut, sopan dan anggun sekali.
Serasi. Sepadan. Bagai isi dengan kuku. Complement with each other bak DNA yang berpadanan dengan mRNA berdasarkan ilmu Biologi. Ya, persahabatan mereka sangat awesome pada semua pihak. Masakan gadis yang agak boyish boleh bersahabat rapat dengan si manis yang lemah lembut wataknya? Mungkin agak kurang logik, namun itulah realitinya.
Kuasa Allah. DIA lebih mengetahui segala sesuatu kejadian itu. Pasti ada hikmah kenapa dan mengapa mereka ditakdirkan bertemu dan menjalinkan ukhuwah. Menelusuri alam persahabatan, pasti ada pasang surutnya. Pasti ada naik turunnya. Pasti ada pahit manisnya. Itulah kehidupan, pasti ada pro dan kontranya.
“Hannan, jomlah pi masjid. Ada ceramah Ustaz Haslin Bollywood,”pujuk Imany, dengan gaya manja ala2 rock.
“Err.. Hannan nak siapkan assignment Physics ni. Hanguslah aku, esok petang dah kena hantar kat lecturer. Kau tau je lah, Mr Adham tu macam mana sifatnya, semua kena perfect. Semua kena on time. Cukuplah aku kena ‘fire’ last week, malu kot. Jatuh imej aku waktu kuliah. Sorry ye cutie pie..”tunduk Hannan, langsung tidak memandang ke arah Imany.
“Oklah, even Hannan tak nak join ceramah tu, jom kita dating jamaie dengan Ilahi? Sekejap je Hann, lagi 10 minit dah nak masuk Isyak. Lepas Isyak tu, kalau Hann nak balik dulu, it’s okay.Please?” Imany angkat kening roller coaster.
“Emm, Imany pergi dulu la. 5 minit lagi Hann menyusul.”kata Hannan
“Oklah kalau camtu. Imany chaw dulu. Take care dearie! See you there! ”balas Imany, ceria sekali.
10 minit. 30 minit. 60 minit. 2 jam.  Masa terus berlalu. Pantas, tanpa ada rasa ingin menoleh ke belakang.
Langsung tiada kelibat Hannan, hatta bayangnya sekalipun. Ya, sudah acapkali ini yang terjadi. Janji Hannan bak daun yang berguguran , terbang di angin lalu. 
‘Sabarlah duhai Imany. Keep strong. Tarbiyah dalam kehidupan tak akan pernah putus, hatta saat diuji dalam persahabatan sekalipun,”seakan kedengaran bisikan dari jiwa Imany.
“Tok tok tok. Assalamualaikum bidadari cinta yang bijaksana!”