Saturday 21 March 2015

Duhai Puteriku~

Nasihat Sheikh Ali Tantawi untuk Muslimah ~




Wahai puteriku... 

Aku adalah seorang bapa yang sedang memasuki usia 50 tahun. Usia muda telah aku lewati. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala pujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku, Ucapan-ucapan hak yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku...

Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala kerosakan jiwa, dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan keruntuhan moral. Di setiap pelosok negara, perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok mata. Semua itu bergerak melanda negara demi negara tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh, negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya Allah! Para wanitanya terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira, kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau, apa penyebabnya? Sebabnya adalah, sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.


Wahai puteriku...

Pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah memjadi baik. Engkau benar, puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang mmbuka pintu kepadanya untuk masuk.

Seperti mana engkau berkata kepada pencuri, "Silakan masuk." Dan setelah engkau dicuri barulah engkau tersedar dan berteriak, "Tolong, tolong, aku dicuri!" Seandainya engkau pasti bahawa lelaki tadi adalah serigala dan engkau adalah kambing yang menjadi mangsanya, pasti engkau akan lari menjauh seperti larinya kambing tatkala melihat serigala.

Sekiranya engkau sedar bahawa lelaki itu pencuri, maka engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti seseorang yang waspada terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh seigala daripada kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih dari itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga daripadamu, iaitu harga diri dan kehormatanmu!


Wahai puteriku...

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh lelaki yang bernafsu adalah seperti dia melihat gadis di hadapannya tanpa pakaian. Aku bersumpah lagi, demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan mencintaimu seperti teman akrab. Bohong, semuanya bohong! Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada pemuda yang melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya untuk langkah-langkah awal merapati dirimu. Apakah sesudah itu, puteriku?

Renungkanlah!


0 comments:

Post a Comment