Saturday, 21 March 2015

Duhai Puteriku~

Nasihat Sheikh Ali Tantawi untuk Muslimah ~ Wahai puteriku...  Aku adalah seorang bapa yang sedang memasuki usia 50 tahun. Usia muda telah aku lewati. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala pujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku, Ucapan-ucapan hak yang aku sampaikan secara jelas dan mudah. Wahai puteriku... Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak,...

Tuesday, 26 August 2014

IMAN YANG MERDEKA?

Saban tahun, abang saudaraku, Farhan akan mengajak sepupunya bersama-sama berkunjung ke Dataran Merdeka, sempena 31 Ogos. Dan setiap kali kami turun pada 31 Ogos, along Farhan tak jemu membawa kami singgah ke Jalan Bukit Bintang, melihat gelagat penghuni di jalan sekitarnya. Sudah bertahun lamanya aku menurut ajakan along Farhan. Sejak kecil. Suasana di malam merdeka? Menarik! Indah! Meriah! Sesak! Berdentum-dentam bunyi mercun dan bunga...

Wednesday, 19 February 2014

KES ZINA DAN ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

FAKTOR PENYEBAB 1. Sarang maksiat yang cukup banyak dalam negara seperti pusat disko, karaoke, rumah urut, kelab malam dan sebagainya. 2. Laman-laman web lucah dan pornografi terlalu mudah untuk dilayari, serta media yang tidak peka dengan nilai moral serta sensitiviti masyarakat dalam menyiarkan filem-filem dan iklan yang melanggar dasar akhlak Islam. 3. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan di mana sahaja, lebih-lebih lagi...

Sunday, 19 January 2014

We Miss You Rasulullah...

Kredibiliti. Tenang. Menyejukkan pandangan. Sifat yang sangat mencerminkan keperibadian seorang pemimpin unggul di zaman persekolahannya. Ya, akulah Haris Ikhwan . Zikir tak putus di jiwanya, Selawat dan senyuman menjadi hiasan bibir. Kata-kata penuh hikmah dan tarbiyah. Nasihat sering menjadi sandaran dan kekuatan para pejuang ilmu. Tangkas bertindak, ligat berkerja.  Hebat! Itu kata sahabat seusiaku. “Sahabat, lazimi harimu dengan...

Saturday, 18 January 2014

Tika Purnama : Night Climbing & Jungle Trekking

Alhamdulillah, program sulung 2014 berakhir dengan jayanya. Program ini disertai oleh hampir 30 orang wanita dan remaja perempuan sekitar Selayang. Program ini berbentuk sukan aktiviti lasak seperti night climbing, larian berhalangan dan juga jungle trekking. Menariknya, program ini dilaksanakan di waktu bulan purnama. Para peserta dapat menyaksikan kebesaran Allah ini ketika melakukan aktiviti night climbing. Tiada kata yang dapat mengungkap ketakjuban...

Thursday, 2 January 2014

Perutusan Tahun Baru Masihi 2014

Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmat kasih sayangNYA, masih kita diberi peluang untuk menikmati kehidupan sehingga ke tahun 2014. Azam tahun baru seringkali dikaitkan dengan kemasukan tahun baru. Sugguhpun ini bukanlah suatu yang diwajibkan agama namun ia juga bukanlah suatu yang menjadi kesalahan untuk dilakukan oleh umat islam. Setiap individu pasti ada kehendak dan impian untuk direalisasikan setiap tahun,...

Monday, 30 December 2013

Seindah Bidadari Syurga

      Layla menutup laptop ACER X7 miliknya. Tenang. Bahagia. Gembira. Terubat jua kerinduan pada kakak tercinta, kak Safiyya . Senyum tak putus apabila dapat berweb-cam dengan kak Safiyya.          Kak Safiyya, kakak ku yang kini menetap di Jepun, mengikut suaminya yang sedang menyambung PHD di sana. Kak Safiyya baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel, Muhammad Amr Fattah. Bersinar-sinar matanya, berseri-seri wajahnya. Sejuk mata memandang, setenang raut wajah mama dan papanya, Abang...