Kredibiliti. Tenang. Menyejukkan pandangan. Sifat yang sangat mencerminkan
keperibadian seorang pemimpin unggul di zaman persekolahannya. Ya, akulah Haris
Ikhwan .
Zikir tak putus
di jiwanya, Selawat dan senyuman menjadi hiasan bibir. Kata-kata penuh hikmah
dan tarbiyah. Nasihat sering menjadi sandaran dan kekuatan para pejuang ilmu.
Tangkas bertindak, ligat berkerja. Hebat! Itu kata sahabat seusiaku.
“Sahabat, lazimi harimu dengan kata-kata yang hasan (baik), usahakanlah harimu dengan kebaikan. Jauhilah perkara melalaikan dan perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah tercinta…”
“Selawat itu pemanis mulutku , di pagi dan malam harinya…”
Ya, itu zaman
persekolahanku. Zamanku asyik dalam dunia tarbiyah dan dakwah. Bibir berbunga
dengan madah Islamiyyah. Allahu, sungguh aku rindu zaman itu berulang lagi!
Usia semakin
meningkat, pencarian ilmu perlu diteruskan. Aku tinggalkan bumi tarbiyah Islam
itu, teruskan langkah menuju gerbang ilmu. Asasi, aku hadir!
Sungguh,
perjalanan ini tidak mudah. Ribuan tribulasi hebat datang menerpa. Diuji dengan
setiap butir kata yang pernah aku lontarkan.
Penyakit wahan
semakin menular dalam diri. Ya, cintakan dunia, leka dengan dunia..tapi
takutkan mati. Dhuha yang menjadi santapan rohani di pagi hari sudah pupus
dalam jadual harianku. Selawat pula hanya menjadi senandung di masjid dan
program agama. Masjid juga sudah jarang sekali disinggahi. Cukup sekadar solat
jumaat dan jika tidak sempat untuk solat di bilik selepas waktu kuliah.
Pergaulan yang dulu sangat dijaga, kini bagai mimpi semalam. Aku semakin aktif bersosial, hingga lupa pada batas-batas pergaulan yang sangat aku jaga sejak sekolah. Masa terluang banyak dihabiskan dengan perkara melekakan, chatting tidak tentu hala. Laman sosial lebih diutamakan dari meluangkan masa untuk mentadabbur kalamullah, yakni Al Quran. Amar makruf nahi munkar semakin hilang dalam pendirianku.
Pergaulan yang dulu sangat dijaga, kini bagai mimpi semalam. Aku semakin aktif bersosial, hingga lupa pada batas-batas pergaulan yang sangat aku jaga sejak sekolah. Masa terluang banyak dihabiskan dengan perkara melekakan, chatting tidak tentu hala. Laman sosial lebih diutamakan dari meluangkan masa untuk mentadabbur kalamullah, yakni Al Quran. Amar makruf nahi munkar semakin hilang dalam pendirianku.
‘Ikhwan, aku rindu Haris Ikhwan zaman sekolah dulu’
‘Brother, kau
kena taufan el nino atau tsunami ke? Sampai aku dah tak kenal kau. U, totally
change’
Acapkali
sahabat menegur, namun aku terus pekakkan telinga. Bagi aku, walau apapun yang
aku lakukan, ibadah wajib jangan tinggal.
Dan suatu malam
yang lebat hujannya, aku ditimpa kemalangan kereta. Kawanku yang menjadi pemandu
kehilangan nyawa di tempat kejadian. Dan aku terluka parah. Nyawa-nyawa ikan.
Fobia. Namun Allah masih berikan kesempatan untuk terus bernafas.
Terima kasih
kepada ibu yang tidak putus-putus berdoa untukku. Yang banyak membantu diriku
dalam proses untuk pulih.
3 pagi. Mataku
celik. Ku pandang sekelilingku. Gelap. Ibu sudah lena di sofa. Hari ini genap
seminggu di wad. Perlahan-lahan, pandanganku kalih ke arah meja sisiku. Hairan
terbit dalam jiwa.
“Beg kertas
apakah ini?”getus hati kecilku.
Lampu meja aku
nyalakan. Beg kertas di tepi meja kucapai. Isi beg kertas berkenaan dikeluarkan
dengan berhati-hati.
Tafsir Al
Quran. Hadiah arwah abi tika usia menginjak 13 tahun. Ku selak halaman pertama
Al Quran. Terpaku. Sayu membaca nota abi untuk anaknya.
= Sanah helwa
wahai anakku, Haris Ikhwan (yang menjaga, persaudaraan). Selamat panjang umur
dalam iman dan taqwa. Semakin meningkat usia, semakin hampir dengan kematian.
Jadilah pemimpin , qudwah hasanah untuk agama dan negara. Jadikanlah Rasulullah
sebagai suri teladan hidupmu. Jagalah Islam. Jagalah ukhuwah Selamat menempuh
jalan pejuang, wahai anakku…=
“Wahai
orang-orang beriman, mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan?”As Saff
:2
Ku seka kedua
pipiku. Ayat dari surah As Saff itu benar-benar menyentuh tangkai hati ini.Terimbas
kembali saat kecilku bersama arwah abi…
“Haris Ikhwan,
abi ada hadiah ni!”abi menghulurkan sesuatu yang berbalut kemas
Tangan gopoh
mengoyak pembalut hadiah. Mata diseka, air mata terharu terbit di tubir mata.
“Terima kasih abi.
Wah, Ikhwan suka sangat ni! Nanti bolehlah Ikhwan jadi pemimpin macam
Rasulullah. Ikhwan nak sangat ikut sifat Rasulullah, macam yang abi selalu
cerita sebelum tidur”
“Insha Allah,
anakku. Moga abang boleh jadi pencetus ummah dan qudwah hasanah untuk keluarga,
agama dan negara.”
Allah. Allah.
Allah. Sungguh, aku telah lari jauh dari ‘track’ redha Ilahi. Aku kecundang,
tergelincir seketika dari jalan kebenaran.
Hamba apakah
aku? Mengaku cintakan Allah, berikrar untuk cintai Rasulullah, tapi cara langsung
tidak melambangkan janji itu. Zero. Kata-kata dusta dari lidah tak bertulang.Malunya aku, Ya
Rabbi… Inikah insan yang bermati-matian memperjuangkan kalimah tauhid di
sekolah dahulu, yang basah bibirnya dengan selawat satu tika dahulu?....
Aku bangkit
dari pembaringan. Wudhuk diangkat. Sejadah dihampar., Takbir dimulakan. Syahdu.
Dan malam itu aku hanyut dengan tangisan penyesalan dalam solat malamku.Sahabatku, ayuh
berubah. Kembalilah kepada Islam dengan sebenar-benarnya. Keep striving in
repentance. Memang perit, pedih dan sakit dalam perubahan, tapi ada manis
dariNYA.
Yakinkah kita
untuk mendapat syafaat Rasulullah tercinta di akhirat kelak? Adakah kita sudah
benar-benar menjalankan tugas sebagai umat Islam? Sudah terlaksanakah segala
tanggungjawab seorang muslim…
Ayunkan
langkah, teguhkan pendirian. Mantapkan akidah. Ayuh, bersama kembali padaNYA.
Suburkan cinta Rasulullah dalam diri. Cukuplah masa jahiliyyah kita menjadi
penyebab kesedihan seorang kekasih Allah, cukuplah menjadi umat Islam hanya sekadar
dalam IC. Tidak dalam diri.Sentiasa ada
harapan bagi pendosa. Ayuh! Terbang mencari saham untuk akhirat!
Rasulullah,
sungguh kami merinduimu….
^_^ ~Coretan dan adaptasi dari U.S1 -
0 comments:
Post a Comment