Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat
Ilahi, dengan rahmat kasih sayangNYA, masih kita diberi peluang untuk menikmati
kehidupan sehingga ke tahun 2014. Azam tahun baru seringkali dikaitkan dengan
kemasukan tahun baru. Sugguhpun ini bukanlah suatu yang diwajibkan agama namun
ia juga bukanlah suatu yang menjadi kesalahan untuk dilakukan oleh umat islam.
Setiap individu pasti ada kehendak dan impian untuk direalisasikan setiap
tahun, namun tidak semuanya berjaya dicapai sebelum berakhir tahun tersebut.
Ini kerana tidak semestinya apa yang kita rancang akan berjaya dilaksanakan. Sesugguhnya
kita mungkin ada perancangan tersendiri, tetapi Allah jua ada perancaganNYA
untuk hambaNYA dan sesugguhnya perancangan Allah adalah lebih baik kerana hanya
DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaanNYA.
Justeru itu, selaku individu yang telah diberi nikmat iman
dan islam, seharusnya untuk kita tidak berputus asa malah menjadikan
tahun-tahun yang mendatang lebih baik dari sebelumNYA. Ini selari dengan seruan
Nabi yang kita sayangi, Nabi Muhammad S.A.W dalam hadithnya :
“
Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan
mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka
dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari
semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Selain itu, agama
juga menuntut umatnya untuk sentiasa positif dan tidak lemah semangat dalam
kehidupan. Malah sebanyak lima kali kita diseru di dalam seruan azan setiap
hari untuk menuju kejayaan. Azam atau impian yang tidak tercapai pada tahun
sebelumnya boleh dibawa ke tahun seterusnya untuk dilaksanakan. Perancangan
yang mantap dan kesugguhan yang jitu In Shaa Allah akan membuahkan kejayaan
dalam mengapai impian.
Namun, dengan adanya tahun-tahun yang mendatang bukanlah
suatu alasan untuk kita melengah-lengahkan sesuatu keinginan yang ingin
dicapai. Ini kerana kita tidak tahu bila ajal kan menjemput kita. Selain itu,
masa juga tidak pernah menunggu kita untuk berdetik. Sesugguhnya masa yang
berlalu umpama air terjun yang mengalir. Kita tidak mungkin dapat menyentuh air
yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang mengalir akan terus berlalu dan
tidak akan pernah kembali.
Saya mewakili seluruh warga nisa’ selayang mengucap Selamat
tahun baru 2014. Bersama kita semua menjadikan tahun ini lebih baik dari
tahun-tahun sebelumnya.
Tambahan :
Selain azam yang baru, tahun baru juga sering dikaitkan
dengan sambutan tahun baru. Malaysia kini semakin matang dalam penganjuran
sambutan tahun baru. Pengisian dan program-program yang disediakan bukan lagi
berbentuk hiburan semata-mata malah turut membawa mesej positif yang ingin
disampaikan kepada rakyatnya. Sebagai contoh sambutan tahun baru 2014 yang
diraikan oleh rakyat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
mengetengahkan mesej kebaikan seperti Kempen Jom Cegah Zina, Bersama
membanteras gajala sosial dan Belia benci pembuangan bayi. Tiada lagi
pembaziran kos bahan bakar (Mercun) yang biasanya menelan belanja beratus ribu
ringgit mahupun konsert-konsert artis yang melalaikan serta dicemari arak dan
orang mabuk. Perayaan tahun baru pada masa kini menerapkan program-program
keagamaan, berhibur dengan menepati syariat islam dan membentangkan isu-isu
semasa. Mungkin bukan kesemua negeri di Malaysia menyambut tahun baru dengan
cara seperti ini, namun tidak salah untuk mencontohi andai ini memberi kesan
yang baik kepada rakyat.
0 comments:
Post a Comment