Saban tahun,
abang saudaraku, Farhan akan mengajak sepupunya bersama-sama berkunjung ke
Dataran Merdeka, sempena 31 Ogos. Dan setiap kali kami turun pada 31 Ogos,
along Farhan tak jemu membawa kami singgah ke Jalan Bukit Bintang, melihat
gelagat penghuni di jalan sekitarnya. Sudah bertahun lamanya aku menurut ajakan
along Farhan. Sejak kecil.
Suasana di
malam merdeka? Menarik! Indah! Meriah! Sesak! Berdentum-dentam bunyi mercun dan
bunga api melakar di dada langit. Penuh warna-warni. Ramai yang akan
bersama-sama turun padang untuk melahirkan rasa cinta kepada Malaysia, rasa
bersyukur dikurniakan kemerdekaan. Aku tersenyum kecil. Bangga tercetus di
hati. Okaylah, kami tak bersempit dan berhimpit di sana. Cukup berhentikan
kereta, dan buka bumbung kereta.
Tapi di
sudut hati kecilku, aku masih tidak faham kenapa, mengapa, why, along Farhan akan bawa kami , lalu di Jalan Bukit Bintang. Musykil
amat! Tahun ini, along Farhan agak sibuk dengan final year project nya. Jadi 31 Ogos kali ini, dia hanya menyambut Hari
Merdeka di rumah keluargaku, memandangkan ibubapa dan adiknya sudah menetap di
Melbourne, sementara dia masih di Malaysia untuk menghabiskan pengajian di UKM.
Suasana di
dapur gamat dengan kaum wanita, katanya nak sediakan rendang dan nasi impit
untuk esok hari. Eh, macam nak raya pula lagaknya! Ayah pula sedang sibuk
bertukang, mengisi masa lapang yang ada. Memandangkan aku sahaja yang tidak
bertugas (maklumlah, aku sahaja putera tunggal dalam keluarga ini, hehehe), ini
peluang keemasan ini untuk chit-chat
dengan along Farhan.
Aku
mencari-cari kelibat along Farhan. Kelihatan dia sedang baring sendirian di
rooftop rumahku. Kawasannya lapang dan terbuka, tanpa dinding dan atap. Tempat lepak
yang paling kami gemar bila along datang ke rumahku. Perlahan-lahan, aku melangkah
ke arahnya.
“Abang
Farhan, boleh Danish join the club?”aku
angkat kening tinggi, trademark stylo
aku bila dengan along Farhan. Along memandang ke arahku.
“Haha, boleh
Danish. Come. Have a seat or landing
sama-sama,”ajak along Farhan , senyum.
Aku baring
di sisi along Farhan. Tangan menjadi bantal. Angin sejuk menyapa tubuh. Wah, banyak
juga bintang malam ini. Kata orang, banyak bintang tanda nak hujan. Betul ek?
“Awat hang mai
ataih ni? (Kenapa Danish datang atas ni?) Tak ada port eh dekat bawah?”along memulakan bicara, tergelak kecil.
“Macam biasalah
along, when women’s met their gang, lupa
dah dekat putera tunggal ni,”balas aku, senyum kecil.
Jeda.
Membiarkan angin berbicara.
“Along,
Danish nak tanya sikit, boleh?” aku berbasa-basi, sambil menoleh sedikit ke
arah along. Along Farhan mengangguk kecil, mata masih khusyuk memandang ke
langit.
Ehem.Ehem.
Aku membetulkan suara, takut lari pitching, mahu terkujat dan terkezut along
nanti.
“Along,
kenapa along suka bawa Danish dan yang lain pergi Bukit Bintang eh? Nak kata
banyak bintang, tak pula. Banyak orang nak menjadi bintang a.k.a ‘superstar’ adalah,”aku memecah kesunyian
malam.
‘Superstar’ atau artis olok-olok , merujuk kepada
penghuni jalan dan lorong di sekitar Bukit Bintang.
“Ha, itu
yang along nak tunjuk sebenarnya,”
“Erk! Along
nak tunjuk orang yang pakai makeup 5
inci, baju mengelip-ngelip? Baik tengok kelip-kelip, lagi best,” seloroh aku. Kami tergelak kecil.
“Sebenarnya,
along nak tunjukkan pada Danish dan yang lain, inilah realiti dunia akhir
zaman. Bila cintakan dunia, nak mewah semata, sanggup lupakan Tuhan. Sanggup
menjadi tarikan di lorong-lorong ‘gelap’ itu. Sanggup berpeleseran dan
menggadaikan maruah,”along terbatuk kecil.
“Along, nak
air?”berpaling padanya, risau. Along menggeleng. Bicara diteruskan.
“Tapi, bukan
semua yang ada di lorong Haji Taib dan lorong ‘gelap’ yang lain itu, wujud di
situ atas kehendak sendiri. Kebanyakkannya, mereka terdesak dengan hidup. Kalau
nak cerita pasal isu terdesak-atau-pilihan-sendiri, berbuku-buku pun tak habis.
Sebab masing-masing, ada kisah tersendiri. Dan abang tak kata, semua di sana,
jahat. Ada yang baik sebenarnya. Sekarang abang nak fokus pada erti merdeka itu
sendiri. Kita selalu singgah sana, waktu malam merdeka, kan?” tanya along.
“Yup!”
“See, walau
malam merdeka sekali pun, masih ada yang berkerumun dan sibuk dengan ‘urusan’
di lorong-lorong ‘gelap’ itu. Kenapa mereka tak bercuti dari lorong itu? Kata
Hari Merdeka…” along cuba menimbulkan persoalan.
“Aah. Betul
juga tu. Tapikan along, Hari Merdeka itukan hari kemerdekaan untuk Negara kita.
Tak ada kena mengena dengan merdeka dari ‘kerjaya’, kot?” aku memberi pendapat
20 senku.
“Danish,
inilah mentaliti masyarakat sekarang. Bila Merdeka, it’s only for country. Bila Raya, kena beraya sakan. Tapi,
hakikatnya, erti raya itu adalah meraikan kemenangan kita dalam menahan nafsu
sepanjang sebulan, mengeratkan silaturrahim. Tapi itu tak bermakna, kita
sewenang-wenangnya boleh bertempuk-tampar dengan bukan mahram, memakai pakaian
yang lawa tapi mendedahkan aurat, jambul, ketat dan jarang,” along menarik
nafas panjang. Kata-katanya diteruskan.
“Dan bila
part Merdeka, berapa ramai yang melaungkan ‘MERDEKA’ dalam erti kata yang
sebenar? Berapa ramai yang menanamkan semangat untuk merdeka dalam diri? dalam Berapa ramai yang berazam untuk merdeka dari jajahan jahiliyyah? Merdeka dari hedonisme yakni hiburan
melampau? Merdeka dari fahaman yang
bercanggah dengan Quran dan Sunnah? Merdeka
dari gaya Barat yang melalaikan? Merdeka
dari lagu yang merosakkan sistem hati kita? Merdeka dari jalan-jalan zina? Merdeka
dari unsur pendedahan aurat? Bebas
dari anasir-anasir luar yang melanggar syariat Islam? Bebas dari virus Trojan,
malware, Worm, spyware, adware dan serangan yang boleh merosakan sistem minda,
iman, amal dan taqwa? Erti merdeka ini,
bukan hanya dirasai pada 31 Ogos, malah sistem ini perlu berterusan hingga
pulang pada Ilahi. Ya, realiti itu pahit untuk ditelan,” along mengeluh, kesal.
Aku menelan
air liur. Berat. Terkesan dengan kata-kata along. Ada benarnya kata along.
Slogan ‘MERDEKA’ kini, meniti kencang di bibir masyarakat namun sedikit sahaja
yang ingin memahami dan menghayati erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. Yang
lain? Tenggelam dalam slogan semata. Fuh~
“Tak salah
nak menyambut hari kemerdekaan. Cuma cara menyambutnya, kita kena ubah sikit. Instead of concert tak ingat dunia, tak
jaga solat, better buat sujud syukur ramai-ramai, puasa sunat berjemaah jika 31
Ogos jatuh pada hari yang disunatkan puasa. Kalau nak buat aktiviti, nak
kumpulkan orang ramai, boleh! Cuma carilah program yang bermanfaat yang
berfaedah. Dan tiada unsur yang melanggar keindahan agama Islam dan menghormati
agama lain,”sambung along.
Aku mengangguk,
tanda menyokong. “Danish pun rasa, kita patut hadkan atau stopkan terus mercun
dan bunga api tu. Actually, dah jadi pencemaran bunyi dan jiwa tu!”
“Eh,
pencemaran jiwa?”along mengerling ke arahku seketika.
“Yalah,
orang tengah syok tidur, tiba-tiba bunyi bising. Baby-baby terganggu lenanya. Yang lain, mulalah terjaga dan menjalankan
misi bom mengutuk. Ops!” kami tergelak besar.
“Bagus
pendapat Danish. I like! Hmm, bila
along dengar bunyi mercun, along akan teringatkan saudara di Palestin dan
Syria. Bunyi mercun dan bunga api bagi mereka, tidak lain dan tidak bukan
adalah bom dan peluru yang dimuntahkan. Tiada lagi detik keamanan bagi mereka.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Namun, usah dilupakan saudara seIslam
yang sedang diuji hebat oleh Allah,”
Berbeza
dengan Malaysia, jika di sini, mercun dan bunga apilah yang boleh membuatkan
kita tersenyum dan teruja. Tapi, tidak di sana. Semuanya ‘mercun’ yang memedihkan
mata, meragut nyawa, memusnahkan kedamaian dan memecah hak privasi!
“Danish,
jadilah macam bintang. Menjadi cahaya bagi yang masih terkapai-kapai dalam
kegelapan. Sentiasa bermanfaat kepada semua, tanpa mengira kulit, darjat, bangsa
mahupun agama,”pesan along sambil menunjuk ke arah bintang yang bertaburan.
Aku
tersenyum kecil. Insha Allah, akan aku memanfaatkan diriku untuk ummah, demi
Islam dan Negara, kerana Allah. Akan aku ingat pesanan along Farhan, Insha
Allah!
Beberapa
saat kemudian, kelihatan percikan bunga api menghiasi dada langit. Bunyi mercun
berdentum-dentam memecah sepi. Kami melayan perasaan.
‘Saudaraku di
Palestin, Syria, Mesir, Rohingya dan seluruh pelusuk alam, semoga kalian tabah
menempuh ujian hebat dari Allah. Kalian hebat! Insan yang hebat sahaja akan
diuji dengan ujian seberat itu. Moga kami di Malaysia, tetap bersemangat mengalunkan
Qunut Nazilah , menadah tangan berdoa untuk kalian. Moga usaha kami tidak
luntur dan terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua
bentuk, demi membantu kalian! Moga ilmu yang aku pelajari selama ini, dapat aku
manfaatkan demi kemaslahatan ummah!’ ikrar along Farhan di sudut hati.
‘Salam
Kemerdekaan Wahai Rakyat Malaysia! Semoga kita bebas dari segala penjajahan
dari segi minda, fizikal, dan rohani! Semoga Islam terus istiqamah dalam setiap
langkah kita. Semoga iman kita turut merdeka dari segala lumpur dosa dan
kemaksiatan. Bersinarlah imanmu, walau di mana jua kamu berada! Ya ALLAH, moga
aku terus diberikan kesempatan untuk bersyukur dan hidup dalam nikmat Iman dan
Islam ini,’ ucap Danish dalam hati.
Eh, awak
yang sedang membaca! Ketuk sikit sistem hati. Amacam, dah sedia untuk merdekakan
iman dari maksiat, dengan istiqamah?
-Kita ‘merdeka’, bukan setahun sekali. Bukan hanya pada 31 Ogos. Selagi
ada nafas, selagi ada detik masa yang berputar, selagi itulah kemerdekaanmu
berjalan, tanpa henti. Merdekakan iman dari maksiat, sentiasa ; U.S1-
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-57.
TERUSKAN BERDOA & QUNUT NAZILAH UNTUK SAUDARA KITA DI SELURUH DUNIA!