Layla menutup laptop ACER X7 miliknya.
Tenang. Bahagia. Gembira. Terubat jua kerinduan pada kakak tercinta, kak
Safiyya . Senyum tak putus apabila dapat berweb-cam dengan kak Safiyya.
Kak Safiyya, kakak ku yang kini menetap
di Jepun, mengikut suaminya yang sedang menyambung PHD di sana. Kak Safiyya
baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel, Muhammad Amr
Fattah. Bersinar-sinar matanya, berseri-seri wajahnya. Sejuk mata memandang,
setenang raut wajah mama dan papanya, Abang...