Arissa Imany dan El Hannan Rasyiqah .
Saling melengkapi. Jika seorang di timur, di timur jugalah yang seorang lagi.
Di mana ada Imany, di situlah wujudnya Hannan. Imany, seorang lembut hatinya,
meski personalitinya agak kasar (boyish) tapi tetap memilih untuk bertudung
labuh,sopan. Hannan, seorang keras kepala namun sangat lemah lembut, sopan dan
anggun sekali.
Serasi. Sepadan. Bagai isi dengan kuku.
Complement with each other bak DNA yang berpadanan dengan mRNA berdasarkan ilmu
Biologi. Ya, persahabatan mereka sangat awesome pada semua pihak. Masakan gadis
yang agak boyish boleh bersahabat rapat dengan si manis yang lemah lembut
wataknya? Mungkin agak kurang logik, namun itulah realitinya.
Kuasa Allah. DIA lebih mengetahui segala
sesuatu kejadian itu. Pasti ada hikmah kenapa dan mengapa mereka ditakdirkan
bertemu dan menjalinkan ukhuwah. Menelusuri alam persahabatan, pasti ada pasang
surutnya. Pasti ada naik turunnya. Pasti ada pahit manisnya. Itulah kehidupan,
pasti ada pro dan kontranya.
“Hannan, jomlah pi masjid. Ada ceramah
Ustaz Haslin Bollywood,”pujuk Imany, dengan gaya manja ala2 rock.
“Err.. Hannan nak siapkan assignment
Physics ni. Hanguslah aku, esok petang dah kena hantar kat lecturer. Kau tau je
lah, Mr Adham tu macam mana sifatnya, semua kena perfect. Semua kena on time.
Cukuplah aku kena ‘fire’ last week, malu kot. Jatuh imej aku waktu kuliah.
Sorry ye cutie pie..”tunduk Hannan, langsung tidak memandang ke arah Imany.
“Oklah, even Hannan tak nak join ceramah
tu, jom kita dating jamaie dengan Ilahi? Sekejap je Hann, lagi 10 minit dah nak
masuk Isyak. Lepas Isyak tu, kalau Hann nak balik dulu, it’s okay.Please?”
Imany angkat kening roller coaster.
“Emm, Imany pergi dulu la. 5 minit lagi
Hann menyusul.”kata Hannan
“Oklah kalau camtu. Imany chaw dulu. Take
care dearie! See you there! ”balas Imany, ceria sekali.
10 minit. 30 minit. 60 minit. 2 jam. Masa terus berlalu. Pantas, tanpa ada rasa
ingin menoleh ke belakang.
Langsung tiada kelibat Hannan, hatta
bayangnya sekalipun. Ya, sudah acapkali ini yang terjadi. Janji Hannan bak daun
yang berguguran , terbang di angin lalu.
‘Sabarlah duhai Imany. Keep strong.
Tarbiyah dalam kehidupan tak akan pernah putus, hatta saat diuji dalam
persahabatan sekalipun,”seakan kedengaran bisikan dari jiwa Imany.
“Tok tok tok. Assalamualaikum bidadari
cinta yang bijaksana!”
Pintu bilik dibuka. Jam di tangan menjadi
tumpuan. 1 pagi. Imany baru sahaja pulang dari menziarahi kawan yang baru
sahaja menjalani pembedahan. Pandangan dikalih pada Hannan. Hannan kelihatan
sedang asyik diulit lena. Di sisinya penuh dengan buku rujukan yang masih
dibiarkan terbuka. Imany tersenyum lebar. Hannan memang maintain comel walau
dalam keadaan lena.
“Subhanallah, moga keindahan diri yang dikurniakan
ini dijaga dengan sebaiknya, Ya Rabbi ! Amin.”
Kaki melangkah laju. Ibu jari kaki Hannan
dicuit.
“El Hannan Rasyiqah binti Yusuf Ahmad, wake
up. Dah solat Isyak belum, Hann?”kejut Imany.
“Sekejap lagi la Imany, penatlah badan ni.”
Dengus Hannan, posisi badannya berkalih dari kiri ke kanan.
“Hann, bangun sekejap je. Dah pukul 1 ni.
Nanti terbabas, susah pula,”Imany setia memujuk.
Hannan mencampakkan bantal Hello Kittynya. Imany
mengelak 45◦, lalu bantal terkena tepat pada dinding bilik. Hannan masih setia
di atas katil, tidak berganjak.
Imany bangkit dari duduk. Ingin menunaikan
solat hajat dan witir sebelum tidur, seperti kebiasaannya. Air wudhuk masih
ada. Lantas telekung pemberian arwah muallimahnya, Ummi Wardah disarung kemas.
Allahu Akbar.
Syahdu mula hadir dalam jiwa. Setitik demi
setitik air mata jatuh dari bening mata, terus ke pipi. Usai salam, berzikir
memuji kebesaran Ilahi serta berselawat pada Rasulullah,tangan diangkat. Masa
untuk melontarkan 1001 rasa yang terbuku di hati. Detik untuk memuntahkan
segala yang terpendam dalam sanubari.
Esakan berselang seli dengan suara yang
merintih tersekat-sekat. Esakan yang seakan berbisik itu mengejutkan Hannan
dari lena.
“Ya
Allah, hambaMU yang lemah, hina, kotor dan sering terpalit dengan dosa ini
hadir menemuiMU. Terimalah diriku. Maafkanlah hambaMU yang terlalai dan jauh
dari landasanMU selama 15 tahun ini. Alhamdulillah atas nikmat Islam, Iman
& Ihsan yang menjadi kekuatanku kini. Ya Fattah, bukakanlah pintu hati mama
dan papa untuk menerima Islam. Kurniakan hidayah pada mereka. Kuatkanlah diriku
untuk terus berusaha menarik ma dan pa kembali kepada fitrah Islam. Ya Ghaffar,
ampuni mereka atas kealpaan dan kelalaian selama ini. Ya Qawwiy, berikan
ketabahan dan kesabaran hati yang maksima dalam hidup ini. Agar diriku terus
thabat dan istiqamah dalam tarbiyah di jalanMU. Agar diriku mampu membimbing
Hannan, sahabat kesayanganku hingga ke syurga. Lorongkanlah jalan yang terbaik
pada Hannan dan diriku. Lembutkanlah hati sahabatku ini, untuk menjaga auratnya
dan rajin beribadah padaMU. Ya Allah, kurniakan syurga pada adik dan abangku,
Liyana Sophia & Hafiz Bakhtiar yang pergi saat baru ingin memupuk cinta
pada Islam. Rahmatilah arwah& kurniakan darjat yang mulia di sisiMU.”
Tanpa sedar, air mata menitis laju di pipi
Hannan. Sudah lama Hannan tidak mengalirkan air mata. Hidup sehariannya, penuh
dengan gelak tawa berpanjangan, malah pergaulan yang agak bebas antara lelaki
perempuan menjadi rutin hariannya. Air mata dikesat laju.
Imany meraup mukanya. Bingkas bangun dari
duduk. Kain telekung disangkut dalam almari. Langkah dipanjangkan ke arah
Hannan. Baru ingin dicuit kaki, Hannan terus bangkit dari pembaringan. Terus
menuju ke tandas, bersiap-siap menunaikan solat Isyak yang tertunda sebentar
tadi.
Hannan sudah selesai mendirikan solat
Isyak. Masih setia berteleku di atas tikar sejadah. Pandangan Hannan ditala
pada Imany, yang tenang dalam lenanya. Angin yang kuat dari jendela yang
terbuka, membuatkan buku kecil milik Imany terjatuh. Hannan bingkas menuju ke
arah buku itu. Mata tertarik pada halaman yang terbuka. Menarik perhatian untuk
menghadam isi kandungan halaman tersebut.
Saya
Arissa Imany binti Abdullah. Nama asal ialah Shin Mei Ling. Ya , saya mualaf
since umur 15 tahun. Puan Ai Jun & Encik Shin are my parents. Proudly have
three siblings including me, they are Liyana Sophia Abdullah & Hafiz
Bakhtiar Abdullah. Mereka pergi buat selamanya saat mereka mempertahankan
akidah Islam. El Hannan Rasyiqah binti Yusuf Ahmad, sahabat syurgaku kelak
*amin*
Ya
Allah, hambaMU pohon agar berikanlah taufiq hidayahMU kepada mama, papa,
Hannan, diriku& seisi manusia di dunia, agar kembali berjalan di atas
landasan kebenaranMU, istiqamah dan terus menjadi yang lebih baik dari semalam.
Bukakan pintu hati mama & papa untuk memeluk Islam & berikan jalan agar
Hannan menjadi muslimah sejati yang menjaga aurat dan dirinya. Bukakan hati
Hannan untuk menutup rambutnya agar tidak dijilat api neraka , menutup auratnya
agar tidak diseksa di akhirat sana. Berikan peluang pada mereka untuk kembali
padaMU.
Ya,
mungkin aku seorang yang agak boyish, kontra dengan penampilanku. Namun aku tetap
memilih untuk bertudung labuh dan menjaga aurat kerana peraturan Ilahi itu
sangat menjaga kaum wanita. Aku yakin itu. Menjaga wanita dari fitnah dan
maksiat akhir zaman. Sifatku ini, masihku didik agar lebih sopan dari masa
jahiliyyahku. Ya, mungkin aku dibuang keluarga, teman dan saudara, namun aku
bersyukur kerana Allah hadirkan Ummi Wardah. Dibimbing. Diasuh. Dididik dengan
suasana Islam yang indah. Walau Ummi dipanggil oleh Ilahi terlebih dahulu, moga
bisa berjumpa di jannah kelak. Bak kata Ummi,‘Berkorban. Jangan sampai
~terkorban~’. Biar terpaksa berkorban, hijrah, hilang segalanya demi redhaNYA ,
jangan terkorban dengan dunia hingga meninggalkan Pencipta. Ganbatte ne!
Hashtag sentap. Pipi basah lagi tanpa
sedar. Hidayah dariNYA sudah hadir.
Hannan segera berdiri. Takbir diangkat.
Solat taubat dilaksanakan dengan penuh syahdu.
“Allah, maafkan hambaMU ini. Pimpin aku
menuju jalan redhaMU. Tanpa penjagaanMU, aku lemah. Longlai. Lesu. Tiada arah.
Justeru itu, bantulah diriku. Kembalikanku pada fitrah. Ya Ghaffar, aku sedar,
aurat itu wajibku jaga. Tutup aurat mengikut syariat, bukan membalut mahupun
mendedahkan di khalayak ajnabi. Izinkan aku menjaga tiang agamaku yakni solat 5
waktu yang menjadi kewajipanku. Aku malu padaMU, pada Imany. Aku Islam sejak
lahir. Namun Imany yang baru memeluk Islam dalam 4 tahun ini, lebih hebat amal,
tinggi ilmu, kuat imannya dariku. Bantu aku berubah. Ke arah kebaikan, insha
Allah.”Hannan terus hanyut dalam doa.
3 tahun telah berlalu. 1001 suka dan duka
ditempuh bersama. Walau banyak pahit di awalnya, manis di penghujung amat
membahagiakan jiwa. Imany dan Hannan di zaman gelap sudah luput ditelan masa.
Kini, hanya wujud Imany yang tegas dalam tegakkan kebenaran, tiada lagi ‘boyish
style’ dan Hannan yang sopan menutup aurat, mempunyai hati yang mulai lembut
serta rajin dalam melakukan amal untuk dunia dan akhirat.
Di majlis konvokesyen, beberapa minit
sebelum pemberian skrol tamat pengajian ‘degree’ dilangsungkan, Hannan sempat
berbisik mesra pada Imany;
“Imany, dulu awak pernah tanya, apa turning
point saya when I took the decision to move on & hijrah kan? Jawapan saya,
‘Berkorban, jangan sampai terkorban.’ Boleh tak kita share inspirational words
dari Ummi Wardah sama-sama?”Hannan angkat kening roller coaster.
Imany ketawa riang. “Of course sayang.
Everything is yes for you as long as HE agreed and love it!”
#Ubah suasana, bukan diubah suasana. *Salam
Raya Haji dari Perantauan*J TAMAT- (Shine Imani)
0 comments:
Post a Comment